Thursday, July 17, 2008

Kesucian ku

Assalamualaikum,

Bonda just nak kongsi 1 cerita yang amat meyakitkan hati dan menyedihkan. Lebih kurang 20 tahun yang lalu, kawan sekolah bonda ada menceritakan pada bonda tetang rahsia dirinya.
Ceritanya begini, kawan bonda ni mempunyai ramai adik-beradik. Lebih dari 10 orang. Tetapi kehidupan mereka seperti kait pagi makan pagi dan kait petang makan petang. Dalam erti kata lain, just cukup-cukup makan ajelah. Tetapi ada kalanya diagih-agihkan makanan sebab tak cukup makan. So, kalau dah makan tak cukup, ertinya rumahnya pun mestilah tak cukup menampung anak-anak yang ramai....
Nak dijadikan cerita, anak-anak yang ramai ni ditidurkan bergelimpangan diruang tamu yang lelaki & perempuan tidur sekali walau pun muhrim, tetapi nafsu tidak mengenal adik-beradik. Maka terjadilah kisah yang mana, kawan bonda ni telah dirogol oleh abangnya yang pada ketika itu usianya baru mencecah 8 tahun dan abangnya 10 tahun.
Bayangkan, diawal usia macam ni, si abang sudah mempunyai nafsu rakus. Tiap malam si abang cuba mengaggu kawan bonda ni. Hinggalah usianya menjangkau dewasa. Si kawan bonda ini menyimpan perihal ini dari semua ahli keluarganya termasuklah ibubapanya.
Sekarang ibubapanya pun telah meninggal dunia. Rahsianya itu hanyalah diceritakan pada bonda kerana kami berkawan rapat. Masa dia cerita-cerita tu, bonda pun menasihatinya, supaya teruskan hidup dan jangan pandang belakang. Kalau dah si abang tu buruk perangainya, jangan kita nak teruskan hidup kita dengan kehidupan yang teruk & buruk juga. Selalu bonda menasihatinya dan diterimanya dengan hati yang terbuka.
Sekarang allhamdulillah, hidupnya bahagia bersama suami & anak-anak. Cukup bahagia. Kawan bonda itu berkahwin setelah selesai melanjutkan pelajarannya diperingkat Diploma di salah sebuah universiti di dalam negeri. Abangnya pun telah berkahwin & mempunyai 3 orang anak.
Kawan bonda tak pernah menceritakan hal itu pada kaka iparnya kerana tak mahu rumahtangga abangnya hancur. Kawan bonda itu masih bersifat berkerimanusiaan kasih pada anak-anak abangnya itu.
So, apa yang bonda nak nasihatkan pada anak-anak, sekiranya kita ada masalah dapatkan nasihat dari orang yang betul-betul akan membawa kita pada jalan yang betul. Segala keputusan yang kita ambil adalah bakal membentuk masa depan kita sendiri.
Sekiranya nasihat yang diberi & langkah yang diambil silap, maka masa depan kita akan hancur bersama kisah silam kita yang pahit. Anak-anak sekiranya ada masalah, kita berbincang dan sekiranya inginkan nasihat bonda ceritalah pada bonda insallah kita dapat selesaikan dengan izin Allah.
Sekian, Wasalam

No comments: