Wednesday, July 23, 2008

Kurniaan Mu

KURNIAANMU

Hatiku penuh dengan khayalan duniawi
Batinku ditenggelami kegelapan
Aku di kongkongi oleh nafsu ku
Hati ku kering kontang
Kerakusan nafsuku menenggelamkan yang SATU
Aku selalu tiada bersandar kepadaMU
Kehendakku membutakan mataku
Aku resah dalam diriku

Engkau yang satu
Aku dahagakan air dari syurgaMU

Aku takut dgn bayang2 ku
Hatiku kosong
Tolonglah aku, bantulah aku
Kini diriku hampir kelemasan
Dipukul ombak dan arus keduniaan

Bawalah daku ke dunia tafakurMU
Supaya Duduk diam ku dgn MU
Sandaran hatiku pada Mu dgn MU
Dan kekal hidup bersamaMU
Keikhlasan hatiku dgnMU
Supaya aku mati sebelum jasadku

Engkaulah yang berkuasa atas segalanya
Selamatkan aku takkala aku tenggelam
Bangunkan aku ketika aku jatuh
Memimpin aku ketika aku buta
Membimbing aku ketika aku jahil

Kurniaan MU pada diriku
Kurniaan MU pada hati ku
Kurniaan MU pada pancainderaku

Ya Tuhanku
Ketuklah hatiku ketika kealpaan ku padaMu
Aku umpama batu
Dilambung
Di sepak
Tiada terdaya

Tanpa kuasaMu
Siapalah aku

Namun diriku yang bongkak
Membutakan kenikmatan
Yang aku kecapi

Hingga ada kalanya aku terlupa
Hidup ku semata-mata kerana

KURNIAANMU
Tuhanku yang satu
Kenalkan aku pada hakikat ALIF Mu
Kerna aku tahu
Engkau ada dalam diriku

No comments: